Thursday, September 18, 2014

Cahaya Mata Selepas Kahwin

Lamanya tak update blog..rindu nk menaip..hehe

Untuk permulaan 'bicara' septemper, jom baca kisah Fiza dan family pergi kenduri 16 September lalu kat rumah sepupu di felda rimba mas. Anak-anak yang paling teruja, siap dapat survenior lagi..best2.

Teringat masa mula2 naik pelamin dulu..3 JUN 2006. Sebenarnya xde pelamin pun, kenduri biasa je. Masa tu masih belajar tahun 2 kat UM. Mesti korang ingat gedik sangat kan?, time belajar nk kawen..he he..apa boleh buat, jodoh sampai awal.

Walaupun kawen awal, rezeki anak tetap lambat. Mula2 ingat ok je la kan sebab masih belajar tp bila dah tamat belajar mula la kalut fikirkan anak. Mula dapatkan rawatan doktor pakar sana sini. Sanggup habiskan duit rm300+ setiap kali jumps gynea. Fiza serasi dengan Dr Hamid Arshat dan dari situ bermula macam2 rawatan.

Sebelum ini, baca kisah orang je tp bila kena kt diri sendiri, mula pasrah..macam2 fikir..semua benda jadi tak betul..hihi

Hidup mesti diteruskan..kan?..menurut Dr Hamid, Fiza ada masalah PCOS..apa itu PCOS?..boleh refer entry fiza sebelum ini. Selain PCOS, fiza juga ada masalah kedua2 belah tiub fallapio tersumbat..warghhh stress kan? Sedikit lega bila Dr cakap tiub kiri masih boleh repair..haha..dasyat tak ayat Dr Hamid..lega ckit tp % utk hamil masih tipis.

Seingat Fiza pada penghujung 2008, Dr suggest untuk buat D&C..mesti korang terlejut kan, sbb biasanya D&C sinonim dengan orang yang baru keguguran kan..tetapi itu yang berlaku..ada satu nama lagi prosedur tu tp dah tak ingat.

Pada Jun 2009, Alhamdulillah saya hamil. Sebenarnya dlm proses untuk dapatkan 2nd opinion dari sorang lagi gynea tp sayang, kandungan Fiza hanya mampu bertahan 8minggu. Hanya DIA yang tahu perasaan Fiza mcm mn waktu tu..

August 2009, DIA ganti semula..Syukur Alhamdulillah, 27 April  2010 selamat melahirkan baby comel Muhammad Hadif Irsyad..penantian kami hampir 4 tahun. Tamat juga umpat keji sedara mara yang tak habis2 nak mengata itu ini..stress kan? Stress dengan mulut orang..

Sedeh..akhirnya kami bersyukur dengan kehadiran 2 hero..
Bodyguard ibu kemana sahaja...





SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...