Thursday, November 30, 2017

TANDA-TANDA GASTRIK YANG PERLU ANDA TAHU

Gastrik umumnya terbahagi kepada 2 iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapisi dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk daripada gastritis).


Untuk membezakan kedua-dua jenis gastrik ini ialah apabila seseorang mengalami sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut (keasidan tinggi) manakala apabila seseorang mengadu sakit perut selepas makan maka ia mungkin menunjukkan masalah ulser perut atau lapisan mukosa sudah menipis atau lemah.


Asid hidroklorik dihasilkan secara semulajadi oleh sel perut dengan pH1 hingga pH2 berfungsi untuk mencernakan makanan. Tahap keasidan ini adalah yang paling tinggi dan mampu menghakis sekiranya terkena kulit. Namun begitu, perut dilindungi oleh mukosa sebagai lapisan pelindung daripada kesan asid hidroklorik ini.

Gastrik berlaku apabila kandungan asid hidroklorik di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Rembesan asid hidroklorik yang tinggi akan melemahkan lapisan pelindung atau mukosa. Sekiranya ini berlaku, ia akan menyebabkan ulser di mana kesan asid hidroklorik akan sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan.


Apakah Tanda-tanda Gastrik?
Ramai yang ambil mudah tentang corak pemakanan dan ramai juga lupa untuk amalkan cara hidup sihat. Dengan cara pemakanan, rutin harian, tekanan persekitaran dan faktor-faktor lain serba sedikit mengundang pelbagai penyakit dan salah satunya adalah penyakit gastrik. Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah:
  • Sakit pada bahagian atas perut atau abdomen
  • Rasa senak, berangin dan pedih ulu hati
  • Kerap kentut dan sendawa selepas makan, kembung
  • Rasa loya dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)

Pada tahap gastrik yang teruk, ulset perut akan menyebabkan berlakunya pendarahan dan boleh dikesan melalui 2 tanda iaitu:
  1. Muntah yang pekat mwngandungi darah atau warna gelap seperti kopi
  2. Najis menjadi hitam dan gelap seperti tar.

Siapa Yang Berisiko Menghidap gastrik?
Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja dan lelaki lebihbberisiko. Kebiasaanya ia disebabkan oleh faktor risiko dan gaya hidup seperti:
  • Pengambilan ubat tahan sakit seperti ubat sakit jantung untuk mencairkan darah.
  • Merokok
  • Pengambilan minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori)
  • Pengambilan ubat tradisional yang telah dicampur dengan steroid.
  • Tekanan emosi atau stress.
  • Makanan yang pedas dan masam
  • Makanan bergoreng dan terlalu berminyak
  • Minuman berkafein seperti teh dan kopi
Selain dari mengambil ubat yang juga memberi kesan sampingan terhadap kesihatan, cara yang terbaik adalah dengan mengubah cara hidup dan pemakanan yang sihat.

Wednesday, November 29, 2017

PENJAGAAN ANAK BERSUNAT

Alhamdulillah, selesai sudah majlis bersunat anak-anak Kak Fiza ahad lepas. Diaorang bersunat hari sabtu 25/11. Along doktor buat cara laser sebabnya dia terlalu meronta-ronta sampai terpaksa dibantu kiri kanan. Angah pula cara biasa guna gunting katanya.



Bila balik rumahnya kedua-duanya tersedu sedan...alahai sedehnya..

Sebelum ni yang bersungguh nak sunat sebenarnya Angah sebab ada bestfrend dia kat Pasti sunat. Along tak berapa sangat..huhu

Penting untuk kita terangkan proses bersunat pada mereka biar mereka faham kenapa perlu bersunat dan sebab tu juga la kami buat sedikit kenduri doa selamat untuk raikan mereka. Walaupun orang cakap kenduri ni tak wajib kan..

Part nak cuci dan bersihkan lagi satu hal. Along langsung tak bagi kita cuci dan tengok dia punya tu. Terpaksa la curi-curi time dia tidur. Angah pula masuk hari ke 5 dah boleh pakai seluar walaupun tempat jahit belum pulih sepenuhnya. Adik yang senang nak jaga dari Abang...huhu

Bab makan memang kena berpantang la kan. Jadi, macam mana Kak Fiza makan time berpantang bersalin dulu, macam tu lah masak untuk mereka. Disamping tu, kak fiza bagi diaorg vitamin c shaklee untuk bagi luka cepat sembuh.

InshaAllah, sekarang ni cepat je lega. Yang penting jaga makan dan jaga tempat luka tu..

KakFiza
SungaiPetani

Tuesday, November 28, 2017

BERPANTANG SENDIRI SELEPAS BERSALIN

BERPANTANG SENDIRI SELEPAS BERSALIN

Mesti ramai yang dah ada pengalaman berpantang sendiri kan? Kak Fiza pun terpaksa berpantang sendiri untuk anak ke2 dan ke3.



Berpantang anak no 2, cabarannya sangat besar memandangkan anak sulung Hadif baru 1y3m je waktu tu. Hadif pun kecil lagi dan memangbtak faham apa-apa lagi la kan.

Alhamdulillah suami banyak mmbantu. Dalam keadaan macam ni peranan suami penting. Nak anak tapi tak nak jaga..susah la kan. Jadi sama-sama jaga dan saling membantu.

Minggu pertama berpantang memang akan bizi dengan ulang alik klinik untuk check kuning kan tapi Kak Fiza curi juga masa dalam minggu pertama tu untuk berurut. 3 hari berurut dah settle.

Minggu ke2, suami dah start kerja..awal pagi dia dah cari lauk untuk dimasak. Masak simple pun dah ok. Hari-hari telan sayur sawi..ikan bakar. Sekarang dah senang nk bakar ikan..guna pemanggang ajaib je kan.

Makanan untuk anak sulung memang suami dah siap sediakan. Alhamdulillah, walaupun kedua2 boy..mereka behave sangat2.

Berpantang anak ke3 pula, anak-anak bujang dah besar 6 dan 5 tahun. Diaorg pun dah sekolah. Nasib baik sekolah Pasti belakang rumah je. Senang sangat.

Yang penting, kita sendiri jaga pemakanan. Jangan kerja berat sangat. Membasuh tunggu suami balik kerja. Masak simple pun dah cukup sekali anak boleh makan kan.

Yang penting, pengambilan Vitamin kena cukup. Anak ke3 Kak Fiza amalkan Shaklee sejak dari awal kehamilan. Memang ketara perbezaannya bila amalkan supplimen. Badan pun sentiasa cergas je. Ada tips berpantang sendiri pernah Kak Fiza kongsi

Korang ada pengalaman? Meh la share..☺☺

KakFiza
SungaiPetani

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

  TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...