Assalamualaikum..selamat petang..
Rasa macam dah lama cuti sekolah kan? Sindrom mak-mak yang dah tak larat nank ngadap anak-anak yang suka gaduh..hihi
Hari ni Along request nak aiskrim macam ibu buat dulu. Terjadilah aiskrim pelbagai perisa ni. Resepinya senang sangat..
1 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
1 1/2 tin air
Tepung jagung
1 sudu penuh ovalete
1 sudu penuh serbuk vanila
Caranya mudah sangat. Mulanya korang campurkan susu pekat, susu cair, air dan jagung ke dalam periuk. Masak jap atas api sambil kacau. Kejap je tau agak2 panas. Kemudian sejukkan dan masukkan dalam mixer. Campurkan ovalete dan serbuk vanila. Mix hingga kembang dan adunan menjadi putih gebu.
Bolehlah dipelbagaikan perisa..
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment