Thursday, November 30, 2017

TANDA-TANDA GASTRIK YANG PERLU ANDA TAHU

Gastrik umumnya terbahagi kepada 2 iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapisi dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk daripada gastritis).


Untuk membezakan kedua-dua jenis gastrik ini ialah apabila seseorang mengalami sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut (keasidan tinggi) manakala apabila seseorang mengadu sakit perut selepas makan maka ia mungkin menunjukkan masalah ulser perut atau lapisan mukosa sudah menipis atau lemah.


Asid hidroklorik dihasilkan secara semulajadi oleh sel perut dengan pH1 hingga pH2 berfungsi untuk mencernakan makanan. Tahap keasidan ini adalah yang paling tinggi dan mampu menghakis sekiranya terkena kulit. Namun begitu, perut dilindungi oleh mukosa sebagai lapisan pelindung daripada kesan asid hidroklorik ini.

Gastrik berlaku apabila kandungan asid hidroklorik di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Rembesan asid hidroklorik yang tinggi akan melemahkan lapisan pelindung atau mukosa. Sekiranya ini berlaku, ia akan menyebabkan ulser di mana kesan asid hidroklorik akan sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan.


Apakah Tanda-tanda Gastrik?
Ramai yang ambil mudah tentang corak pemakanan dan ramai juga lupa untuk amalkan cara hidup sihat. Dengan cara pemakanan, rutin harian, tekanan persekitaran dan faktor-faktor lain serba sedikit mengundang pelbagai penyakit dan salah satunya adalah penyakit gastrik. Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah:
  • Sakit pada bahagian atas perut atau abdomen
  • Rasa senak, berangin dan pedih ulu hati
  • Kerap kentut dan sendawa selepas makan, kembung
  • Rasa loya dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)

Pada tahap gastrik yang teruk, ulset perut akan menyebabkan berlakunya pendarahan dan boleh dikesan melalui 2 tanda iaitu:
  1. Muntah yang pekat mwngandungi darah atau warna gelap seperti kopi
  2. Najis menjadi hitam dan gelap seperti tar.

Siapa Yang Berisiko Menghidap gastrik?
Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja dan lelaki lebihbberisiko. Kebiasaanya ia disebabkan oleh faktor risiko dan gaya hidup seperti:
  • Pengambilan ubat tahan sakit seperti ubat sakit jantung untuk mencairkan darah.
  • Merokok
  • Pengambilan minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori)
  • Pengambilan ubat tradisional yang telah dicampur dengan steroid.
  • Tekanan emosi atau stress.
  • Makanan yang pedas dan masam
  • Makanan bergoreng dan terlalu berminyak
  • Minuman berkafein seperti teh dan kopi
Selain dari mengambil ubat yang juga memberi kesan sampingan terhadap kesihatan, cara yang terbaik adalah dengan mengubah cara hidup dan pemakanan yang sihat.

No comments:

Post a Comment