Monday, November 13, 2017

4 TAHUN MENANTI ZURIAT - PART I

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berkesempatan nak story kisah TTC ni. Terdetik nak kongsi sebab dalam minggu lepas tiba-tiba ada kawan blogger email...dah lama tak berbual dalam email ni..kalau 2007/2008 dulu memang femes la medium email, ym semua ni kan..


Berbalik pada kisah TTC ni. Kak Fiza dan suami berkahwin pada June 2006 dan pada masa tu Kak Fiza masih lagi student kat UM. Baru nak masuk tahun 2 (semester 3). Tak muda lagi pun..student paling tua dikalangan adik2 matrik semua tu..kawin pun umur dah 25..hihi

Kak Fiza dok Kolej dan dalam tahun 3 baru dok rumah sewa dan kebetulan juga suami dihantar kerja Dubai. Jadinya, memang PJJ la dan tak berniat pun nak rancang kehamilan sebab study. Memang tak amalkan apa-apa pun jenis pil perancang. Masing-masing kami dah berusia dan memang nak baby cepat. Kak Fiza cakap kat suami memang sanggup extend sem kalau ditakdirkan hamil.

Tapi perancangan Allah tu hebat kan. Kita tak boleh nak duga..tak boleh nak ramal pun. Sehingga akhir 2007 kami berusaha sendiri dan awal 2008 kami decide untuk jumpa pakar. Time tu banyak join forum Dr Hamik Arshat dan banyak jumpa rakan yang tengah TTC juga dengan pelbagai masalah kesuburan. Seterusnya kami buat appointment dengan Dr Hamid. Hasilnya memang Kak Fiza bermasalah.


Ujian HSG kali pertama dibuat. Doktor ada inform, memang ini prosedure pertama yang perlu kita jalankan untuk rawatan kesuburan. HSG ni ujian untuk ketahui keadaan tube fallapio kita. Boleh rujuk pada entry sebelum ini di tiub fallapio tersumbat. Report menunjukkan tiub kanan memang 100% tersumbat. Dalam report pun tulis 'totally blocked'. Tiub kiri pun bermasalah sebab aliran dye tu tak boleh keluar bukaan tiub fallapio.

Time tu rasa sedih teramat dah. Tak dapat nak bayangkan dah apa yang bakal terjadi next. Jadi, Dr Hamid decide untuk try clomid (ubat subur) untuk 3 cycle period je. Disebabkan period tak teratur. (Period tak teratur since anak dara lagi tau), ubat untuk turun period dibekalkan sekali.

Lagi sekali tak sukses dengan 3cycle clomid. Next step untuk buat simple procedure Hydrotubation dan D&C. Term mudah faham macam cuci rahim la. Nak cuci dan korek-korek lemak kat tiub tu. Sorry kalau Kak Fiza salah explain. Apa yang faham itulah yang dikongsi...hihi

RM1300 pejam mata keluarkan untuk procedure tu. Dah selesai lagi sekali Dr Hamid bagi clomid. Tak ingat untuk berapa cycle. Rasanya dalam 3 cycle jugak la..

Nak tau apa jadi lepas tu...nanti Kak Fiza story pada next entry yer...macam mana next appointment dengan segala macam suplemen ditelan..

Rasa dah panjang sangat ni...😃😃

Kak Fiza
SungaiPetani
0124513311




No comments:

Post a Comment