Thursday, November 3, 2016

KETAHUI TANDA-TANDA SLIPPED DISC

Siapa yang pernah mengalami Slipped Disc? Ada tak dikalangan keluarga yang mengalaminya. Sebelum ini, saya ada kongsikan punca berlakunya Slipped Disc



Apabila berlakunya Slipped Disc ini, ia mempengaruhi semua pergerakan seharian kita. Di sini ada beberapa tanda anda mengalami Slipped Disc.

  • Anda akan merasa sakit seperti mencucuk di belakang atau leher hingga ke tangan dan kaki. 
  • Kesakitan apabila berlaku ketegangan otot. 
  • Tangan dan kaki selalu kebas dan rasa menyucuk. 
  • Berasa lebih selesa apabila beralih ke posisi yang lain semasa duduk. (kerap beralih posisi) 
  • Merasa sakit pada satu bahagian atau posisi tubuh sahaja. 
  • Adan akan merasakan kesakitan yang “extreme” dari kesakitan belakang atau leher. 
  • Kurang bermaya. 
  • Kadang-kadang, anda mungkin berasa gatal-gatal(kesemutan) di sekitar alat kelamin. 
  • Berasa sakit apabila bersin, batuk, berjalan dan lain-lain 
Perhatikan tanda-tanda di atas. Pastikan anda dan keluarga anda bebas dari serangan Slipped Disc ini. Sekurang-kurangnya kita dapat mencegah dari awal kan. Semoga entry ini bermanfaat untuk semua.








No comments:

Post a Comment