Monday, October 17, 2016

RAWATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN GOUT

Rawatan dan langkah pencegahan Gout

Alhamdulillah..kita dah sampai bahagian rawatan untuk penyakit Gout. Gout bukanlah penyakit merbahaya dan boleh sembuh jika langkah pencegahan dititikberatkan dan diberikan rawatan segera jika terdapat tanda-tanda / simptom gout.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.



Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat:


1. Asimptomatik (tiada simptom)

2. Akut -simptom gout
  • berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.
3. Interkritikal kronik
  • Serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
4. Tofus
  • Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.


Terdapat 2 jenis rawatan untuk Gout iaitu: 

1. Rawatan serangan akut
  • Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.
2. Rawatan Jangka Panjang
  • Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Adalah diingatkan bahawa pengambilan ubat ini hanyalah sementara dan sekiranya anda tidak berdisiplin/konsisten dalam pengambilan ubat, dikuatiri tahap asid uric akan kembali meningkat.
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik

Langkah pencegahan berikut adalah perlu:


🎯 Rehatkan sendi semasa serangan gout.

🎯Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

🎯Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

🎯Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

🎯Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat. 

🎯 Menjaga berat badan
kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihanMengelakkan minuman keras

🎯 Pemakanan
elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

🎯Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal. Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

🎯Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan. Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.

🎯 Minum banyak air

🎯Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.

Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk kesihatan, kita akan lihat pula beberapa jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh pengidap Gout. InsyaAllah di entry akan datang.

Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Walaubagaimana pun ianya boleh dikawal. Oleh sebab itu, pentingnya mengamalkan cara hidup sihat.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI


No comments:

Post a Comment