Pernahkah anda rasa jantung anda berdegup terlalu laju
sehingga sesak nafas? Pernahkah anda
rasa pening sampai hendak pitam? Jika pernah,
anda memerlukan pemeriksaan doctor kerana anda mungkin mengalami keadaan yang
dinamakan Aritmia Jantung.
Apa itu Aritmia Jantung?..kita belajar sama-sama yer..:)
Bermaksud anda mempunyai degupan jantung yang tidak
teratur. Jantung yang normal berdegup
mengikut aturan ritma yang teratur. Jantung
berdegup perlahan ketika anda berehat / dalam keadaan tenang. Ia berdegup pantas ketika anda teruja, risau
atau ketakutan. Ritma jantung dikawal
sistem kawalan ritma kompleks yang terddiri daripada neuron dan aktiviti hormone.
Kadangkala sistem ini mungkin bemasalah dalam sesetengah
individu lalu menyebabkan dengupan jantung yang paling kerap terjadi dikenali
sebagai fibrilasi atrium (AF).
Apa yang terjadi jika anda ada fibrilasi atrium (AF)
Apabila anda mempunyai AF, jantung anda berdegup dengan tak
efektif. Ini menjadi punca darah
bergumpal di dalam jantung dan gumpalan darah boleh naik ke otak, menyebabkan
strok atau angin ahmar. Inilah penyebabnya
jika nada mempunyai AF, doctor akan menasihati anda supaya mengambil ubat
pencair darah. Ubat ini berfungsi untuk
menghalang darah bergumpal di dalam jantung.
Mengapa AF terjadi?
AF biasanya terjadi apabila anda mempunyai penyakit jantung
seperti jantung iskemik dan tekanan darah tinggi kronik. Peningkatan hormone tiroid, pengambilan alcohol
berlebihan secara berpanjangan dan sesetengah ubat juga boleh menyebabkan
kerancuan degupan jantung. Walau bagaimanapun,
dalam kebanyakan orang menghidap AF-tiada punca yang dijumpai.
Apakah rawatan AF?
Doktor mungkin cuba mengembalikan ritma jantung normal
menggunakan ubat atau arus elektrik. Dalam
masa yang sama, anda akan ditawarkan ubat pencair darah juga.
Doktor akan mengenalpasti terlebih dahulu gejala-gejala yang
mungkin dialami dan memeriksa tubuh anda untuk tanda-tanda abnormal, kemudian
mereka akan menjalankan siasatan yang melibatkan pemeriksaan darah atau merekod
ritma jantung menggunakan mesin elektrokardiogram (ECG). Bergantung kepada dapatan pemeriksaan dan
siasatan klinikal – adakalanya anda mungkin perlu menjalani sisatan lanjut
seperti merekod ritma jantung 24jam (pemantauan Holter) atau Echocardiogram
(prosedur pengimejan ultrabunyi untuk mencari abnormality dalam struktur
jantung).
Kebiasaannya, jika anda mengalami AF anda mungkin boleh
meneruskan aktiviti normal harian selagi mana anda berpegang kepada nasihat doctor
dan mengambil ubat mengikut jadual.
Kepada rakan2 yang sudi singgah, boleh juga ke entry fiza
sebelum ini mengenai jenis pemakanan yang baik untuk jantung di SINI.
set kesihatan untuk Jantung anda di SINI.
Sumber: Mingguan
Malaysia (Ahad 22/05/15)
No comments:
Post a Comment