Thursday, May 28, 2015

11 Herba Cantikkan Kulit Wajah

Tajuk entry kali ni mcm best je kan kan?..sape tak nak cantik kan? Selain daripada pemakanan produk-produk kosmetik adalah  suatu kemestian bagi golongan Hawa.  Bukan sahaja impikan kulit wajah yang lembut, halus dan berseri adalah idaman setiap wanita..macam saya, anda & mereka2 diluar sana.

Namun begitu, sebelum mendapatkan produk kosmetik terbaru di pasaran, 3 perkara ini perlu kita semua fikirkan:
  1. Kulit Wajah – tidak semua wanita memiliki kulit yang sama.  Ada yang berminyak dan kering.  Oleh itu, anda perlu pilih produk yang sesuai dengan kulit anda\
  2. Kesan Sampingan – kebanyakkan produk kosmetik mengandungi  bahan-bahan kimia yang berbahaya kepada kulit anda.  Teliti dahulu kandungan bahan-bahan pada label produk sebelum anda membeli.
  3. Halal – ia mungkin satu isu yang kritikal untuk diperhalusi kerana selain mengetahui kandungan di dalam produk, anda juga perlu memastikan bahan-bahan itu dihasilkan daripada sumber bukan haiwan serta pembuatan dan pengendaliannya juga adalah mengikut lunas syarak Islam.

Jika anda masih belum memutuskan produk kosmetik yang anda inginkan, apa kata jika kita ketahui rahsia yang sememangnya disimpan oleh orang dulu-dulu tentang kecantikan.
Nenek Moyang kita dahulu memang mengetahui manfaat herba-herba tradisional untuk mencantikkan wajah.  Jarang sekali mereka menghadapi masalah kulit seperti jerawat batu, jerawat seperti ruam, kulit kusam gelap, kulit kering, menggelupas dan sebagainya.

Berikut adalah herba tradisional yang mampu untuk mengecilkan liang dan pori-pori wajah sekaligus mampu memberikan seri pada wajah:

AVOCADO untuk menyerikan kulit wajah
Buah avocado atau nama saintifiknya Persea Americana yaqng memang terkenal dengan pelbagai khasiat untuk merawat dan mencegah pelbagai jangkitan penyakit
Avocado dianggap sebagai herba yang mengandungi antioksidan yang dapat melindungi kulit dari radikal bebas.  Vitamin A, D dan E yang terdapat di dalam avocado dapat membantu melambatkan proses penuaan kulit.

Dengan memanfaatkan khasiat dari herba-herba traditional ini, kini anda boleh memperolehi kulit yang cantik dengan herba yang mudah di temui di sekeliling anda.

Daun Inai untuk merawat Kulit Wajah
Daun inai yang berasal dari perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat kerana nilai perubatan yang tinggi yang terdapat pada daunnya.  Ia mengandungi asid henotanik yang bergabung dengan kolagen pada sel kulit untuk membersihkan kulit dan merawat jerawat.  Bahan astrigen di dalam daun inai bertindak menyejukkan kulit wajah

Sireh sebagai antiseptic wajah
Sirih atau nama saintifiknya Piper battle L. dari keluarga piperaceae adalah tumbuhan atau pokok renek yang memanjat dengan daunnya berbentuk lonjong lancip ke bawah.
Kehadiran bacteria dan kuman adalah punca utama timbulnya masalah jerawat.  Dengan mengambil daun sireh, ia menghapuskan kumann dan bacteria di permukaan kulit.  Ia juga kaya dengan bahan flavornoid dan polyphenol yang meresap dalam kulit untuk menegangkan kulit yang kendur.

Buah Pinang untuk kecantikan dalaman

Buh Pinang sudah lama digunakan sebagai herba dikalangan masyarakat kita.  Buah Pinang kaya dengan kandungan alkaloid yang mampu memberikan kesan baik ke atas fungsi tubuh badan serta pada kesihatan kulit

Rawat masalah dalaman dengan manjakani
Walaupun buah manjakani baik untuk kecantikan, ia kurang diminati kerana rasanya yang pahit dan kelat serta tidak mampu pun untuk menelannya.

Kajian saintifik juga menyokong keberkesanan manjakani ini. Ia mempunyai ciri-ciri antiseptik semulajadi yang berkesan dalam menghapuskan bakteria dan kulat yang menjadi punca utama kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada kawasan faraj.

Secara umumnya, kebaikan mengambil buah manjakani adalah seperti mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj selepas bersalin, menghilangkan kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada faraj, membantu melambatkan penuaan, meningkatkan tenaga dalaman dan mengembalikan keintiman bersama suami.

Pulihkan masalah keputihan dengan daun senduduk
Daun senduduk mempunyai khasiat yang mujarab. Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit. Ia juga mampu merawat masalah keputihan yang biasa dialami oleh wanita dan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada rahim.

Lengkuas
Lengkuas baik untuk membantu membersihkan darah, mencairkan kahak, melegakan otot dan penting untuk membuatkan badan cergas dan bertenaga.

Limau purut melembapkan Kulit
Limau purut pula mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu juga, limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa.

Serai perbaiki aliran darah
Serai dapat memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan. Ia berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak, dan memperbaiki salur darah yang rosak serta kembang semasa proses bersalin bagi wanita yang baru melahirkan anak. Ia juga baik untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.

Minyak kayu putih membantu penyembuhan penyakit kulit
Minyak kayu putih dihasilkan daripada kayu putih. Ia mengeluarkan bau yang wangi dan baik untuk membantu penyembuhan penyakit kulit seperti luka pada vagina atau infeksi kulit. Aroma khasnya dapat mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran serta tubuh dan menjadikan tubuh berasa lebih ringan. Ia juga kaya dengan sumber vitamin E untuk membuatkan kulit lebih halus dan mulus serta berkesan dalam menghilangkan parut-parut atau ‘stretch mark’ pada badan. (kredit imej)

Halia bagus untuk buang angin
Ianya bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.

wahhh..banyak lagi sebenarnya Herba yang mampu membuatkan wajah kita halus, cantik, berseri2 kan..tak tertaip plak kali ini..cukup sampai di sini..jumpa lagi di next entry...

Inginkan rangkaian SET KULIT CANTIK dari SHAKLEE boleh klik SINI atau terus hubungi fiza untuk konsultasi percuma.

No comments:

Post a Comment